Tuesday, October 6, 2009

PERBINCANGAN SOALAN MEKANIKAL

Soalan
1. Berikan definisi kejuruteraan mekanikal?
Merupakan satu bidang yang menghasilkan barang atau produk menggunakan ciri-ciri mekanikal yang dapat memudahkan kehidupan manusia

2. Apakah perbezaan antara sains dan jurutera mekanikal?
Sains : Mengkaji dan menemui idea serta ilmu yang baru.
Kejuruteraan : Menggunakan penemuan ilmu baru untuk menghasilkan produk untuk kegunaan manusia.

3. Nyatakan 3 kursus atau bidang dalam mekanikal?
a) Automotif
b) Aeronautik
c) Marin

4. Nyatakan 3 alat yang digunakan dalam pengukuran?
a) Pembaris keluli
b) Angkup vernier
c) Tolok skru micrometer

5. Berikan 3 jenis alatan yang digunakan untuk kerja memotong ricih?

6. Apakah jenis penyambungan kekal dalam mekanikal?
Kimpal Arka

7. Berikan 2 contoh penyambungan tidak kekal?
a) Bolt dan nat
b) Skru

8. Apakah ciri-ciri yang perlu di ambil kira semasa menghasilkan produk
a) Keselamatan
b) Ergonomik
c) Keselesaan

9. Apakah daya, P yang diperlukan untuk menggerakkan bongkah secara mendatar yang berjisim 10kg dan pekali geseran µ=0.3.

∑Fx = 0
P- µN = 0
P = µN
∑Fy= 0
N – mg = 0
N = mg
N = 10(9.81)
N = 98.1

P = 98.1(0.3)
P = 29.43N


10. Berikan dua jenis tegasan?
a) Tegasan tegangan
b) Tegasan mampatan

11. Apakah nilai tegasan pada bar seluas 20mm x 30mm jika 100kN bertindak pada bar
tersebut?
σ = P/A
A = 0.02 x 0.03
= 6 x 10­-4 ­m2
= 100k / 6 x 10­-4
= 167Mpa

12. Apakah kelebihan menggunakan autocad?
a) Boleh disimpan lama
b) Mudah untuk dibetulkan jika ada keasalahan.
c) Cepat dan kemas

13. Apakah kelebihan menggunakan mesin CNC berbanding konvesional?
a) Kejituan pemotongan tinggi
b) Boleh dikesan jika terdapat keslahan sebelum proses dijalankan.

14. Apakah kelemahan mesin CNC?
a) Perlu tenaga mahir
b) Kos tinggi

15. Apakah proses tuangan?
Proses menuang logam lebur ke dalan acuan yang ditentukan

16. Nyatakan 3 jenis tungan.
a) Tuangan pasir
b) Tuangan lilin
c) Tuangan Die

17. Berikan definisi kualiti dalam kejuruteraan?
Merupakan satu prosedur atau cara untuk menguji produk mengikut spefikasi dan pengukuran yang dikehendaki.

18. Berikan 5 sifat mekanikal
a) Kekereasan
b) Kemuluran
c) Kelasakan
d) Ketempaan
e) Keplastikan
19. Apa itu proses rawatan haba?
Preoses memanaskan logam kepada suhu tertentu untuk mengubah sifat logam dan mekanikal dengan proses tertentu

20. Berikan 3 jenis proses rawatan haba.
a) Penyapulindapan
b) Pengerasan
c) Penormalan



SELAMAT MENGULANGKAJI PELAJARAN.

No comments:

Post a Comment